Sunday, October 23, 2011

Hukum Berkaitan Fotografi

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Rasa best pulak menulis blog. Best biler ade idea, modal cerita & bahan bacaan utk disampaikan. Di awal penulisan blog, saya akan menyelitkan elemen dunia & akhirat. Penting buat sy & anda semua dalam menempuh perjalanan hidup. Chewah, ayat sastera ckit.Hehe.

Fotografi adalah salah satu cabang seni bagi sy. Selain muzik, lukisan mahu pun filem. Di tambah pulak dengan kehadiran blog, facebook, my space. friendster dll, memudahkan kita berkongsi pendapat, foto, video dengan org lain tanpa sempadan. Tetapi, setiap perkara ada batasan , peraturan & juga hukumnya sama ada halal atau haram.

Jom kita baca soalan & jawapan dibawah mengenai Hukum Berkaitan Fotografi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya :

Tidak salah bagi kita menangkap gambar & menyebarkan kpd org lain , selagi gambar tersebut halal utk tontonan. Sy percaya, apa yg baik kita disampai akan dibalas baik oleh-Nya. Begitu juga dalam fotografi, jika foto tersebut mengikut kehendak syarak yakni jaga aurat & batasannya serta tidak keterlaluan. Maka harus hukumnya. Sy sebelum ini pun tidak menyedari mengenai hukum ini, maklum lah masih baru dlm bidang ini...tapi Alhamdulillah. Hidayah & dakhwah sampai kpd sy supaya lebih peka dalam menghasilkan gambar yg baik & halal..:) Sekian Wal Allahu'alam. Jika ada kesilapan yg disedari, tegur la sy. Salam. Sharing is Caring. :)







p/s kpd rakan2 seperjuangan dlm dunia DSLR---> hendak selamat, shoot la landskap, potrait binatang (makhluk yg tidak wajib tutup aurat), macro (utk bunga/serangga)...confirm halal utk semua tontonan umum...hehehe..


Koleksi Foto2 di bawah adalah daripada Ustaz Azhar Idrus (hak cipta : www.digitalmukmin.com), semoga mendapat inspirasi bagi diri kita semua. :)







Best of the Best from Me

Assalammua'aikum teman2 seperjuangan sekalian. Kali ini saya share sedikit mengenai hobi saya. Hobi yg menjadi kegilaan sekarang ini. 'Best of the Best from Me' adalah album kompilasi saya. Bukan album kompilasi muzik atau lagu tapi hanya album foto2 yg lame (lame la sgt) yg pernah saya tangkap & edit. Hehehe. Tiba2 rasa rindu pulak dgn foto2 ini. Banyak kenangan & cerita disebalik foto2 tersebut. Chewah. Foto2 ini saya tangkap sekitar May 2010-sekarang. Kebanyakannya adalah foto2 tahun lepas dari merata-rata tempat. Byk kenangan2 manis. Menyesal pulak jual kamera. Huhuhu.

Foto2 ini tak lah cantik tapi indah di mata hati-ku. Setiap org mempunyai cita rasa & perspektif serta penilaian yg berbeza-beza. Diharap foto2 ini dpt memberi inspirasi buat anda menatapnya. Sekian. :)









Friday, October 21, 2011

Tips Untuk Komposisi Gambar

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Dah lama rasanya tak update blog. Apa kabar kpd pembaca yg budiman? Moga baik hendaknya. Kali ini saya berkongsi ilmu tentang Tips Untuk Komposisi Gambar. Tips ini adalah untuk meningkatkan tarikan sesuatu gambar kpd sesiapa yg melihat. Menjadikan gambar lebih menarik daripada baik. Tips ini sy dpt dr internet juga dari otai2 dlm bidang fotografi.


Tips 1 : Rule of Odds.
  • Peraturan ini adalah merujuk kpd nombor ganjil atau bilangan objek/subjek dlm kuantiti ganjil. Lihat contoh gambar buah strawberi dibawah ini. Gambar objek yg sama tapi berbeza bilangannya. Gambar strawberi 3 biji lebih menarik berbanding dgn gambar strawberi 4 biji. Ini kerana sukar mencari titik fokus pada buah strawberi 4 biji.


Tips 2 : Rule of Thirds.
  • Satu lagi peraturan yg biasa digunakan oleh photographer adalah Rule of Thirds. Caranya ialah dgn membahagikan ruangan bingkai/frame kpd 9 bahagian (2 garisan melintang & 2 garisan menegak). Seterusnya letakkan subjek pd titik pertemuan garisan tersebut. Bagi portrait photography boleh menggunakan teknik ini dengan menfokuskan pd mata subjek dan letakkannya pd titik pertemuan garisan tersebut (seperti gambar bayi dibawah).


Tips 3 : Foreground
  • Kebanyakan gambar mempunyai elemen 'middleground' & 'background' tetapi sedikit atau tidak mempunyai elemen 'foreground'. Anda bole menambahkan elemen foreground dlm gambar bagi meningkatkan keunikan gambar tersebut. Contoh gambar dibawah, dgn memasukkan gambar batu, sungai dan juga gunung-ganang menjadikan kita seolah-olah berada di kawasan tersebut.
 Tips 4 : Framing

  • Cara yang kreatif untuk menambah latar depan ke foto anda! Gunakan elemen-elemen di sekeliling anda untuk membuat bingkai (frame) gambar subjek. Teknik ini adalah cara yang baik untuk membuat gambar menonjol dari yang lain.


Itu sahaja tips yg dpt dikongsikan buat anda semua. Semoga gambar2 anda selepas ini lebih menarik & mencuri hati penglihatnya. Chewah...Sekian. :)

Sunday, July 31, 2011

Selamat Datang Ramadhan =)


Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


 
Apa khabar anda semua?Diharap sihat wal 'afiat hendaknya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kita semua dpt menikmati kehidupan di dunia & dpt menyambut kedatangan bulan Ramadhan iaitu bulan yg penuh dengan kelebihan dan ganjaran dari-Nya. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yg lalu. Insya Allah.

Pastinya kita lupa tentang lafaz niat puasa dan niat berbuka. Maklum lah setahun sekali kita diwajibkan berpuasa. Berikut adalah niat puasa harian & sebulan serta doa berbuka puasa. 



NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

DOA BERBUKA PUASA
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

DOA SELEPAS BERBUKA PUASA
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)


(= SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH PUASA KPD MUSLIMIN & MUSLIMAT =)

Friday, April 15, 2011

ANDAINYA LELAKI TAHU...

Andainya Lelaki Tahu..


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------



Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana masih mampu menulis blog & berkongsi cerita, idea mahu pun maklumat.  Untuk Post kali ini, Dari Mata Hati-ku ingin berkongsi sedikit mengenai perihal kaum hawa. Penting bagi diri sy utk mengenali mereka. Kenali mereka sebagai insan yg bernama IBU, kakak, adik, suadara, teman hidup (isteri) dan kawan. Ayat-ayat di atas cukup membuka pintu hati saya utk mengenali mereka & menghargainya. Bukan niat hendak memuji dan mengagungkan perempuan tapi sekadar memberi sedikit perigatan yg kita (lelaki).Tidak nafikan mereka (perempuan) diperlukan dalam menjalani kehidupan dunia yg sementara ini. Lelaki perlukan perempuan sebagaimana perempuan perlukan lelaki. Saling bergantung antara satu sama lain. Sebagai contoh, seorang anak memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sifat Ibu yg lebih penyayang daripada ayah menyebabkan doa mereka lebih makbul. Inilah salah satu keistimewaan yg ada pada mereka. Sehingga syurga di bawah tapak kaki ibu, yakni dengan keredhaannya baru lah kita mengecapi kebahagian di dunia mahu pun diakhirat kelak. 'Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yg solehah...'- hadis riwayat Muslim. Sekian. Wa'allahualam. :)


*sekadar gambar hiasan*


p/s : Andai perempuan tahu, yg kami ingin mengenali anda. Bukan senang hendak mengenali antara satu sama lain. Tapi tidak mustahil. Kenali mereka dan mereka perlu kenal kita jugak...chewahhh...:D