Sunday, October 23, 2011

Hukum Berkaitan Fotografi

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Rasa best pulak menulis blog. Best biler ade idea, modal cerita & bahan bacaan utk disampaikan. Di awal penulisan blog, saya akan menyelitkan elemen dunia & akhirat. Penting buat sy & anda semua dalam menempuh perjalanan hidup. Chewah, ayat sastera ckit.Hehe.

Fotografi adalah salah satu cabang seni bagi sy. Selain muzik, lukisan mahu pun filem. Di tambah pulak dengan kehadiran blog, facebook, my space. friendster dll, memudahkan kita berkongsi pendapat, foto, video dengan org lain tanpa sempadan. Tetapi, setiap perkara ada batasan , peraturan & juga hukumnya sama ada halal atau haram.

Jom kita baca soalan & jawapan dibawah mengenai Hukum Berkaitan Fotografi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya :

Tidak salah bagi kita menangkap gambar & menyebarkan kpd org lain , selagi gambar tersebut halal utk tontonan. Sy percaya, apa yg baik kita disampai akan dibalas baik oleh-Nya. Begitu juga dalam fotografi, jika foto tersebut mengikut kehendak syarak yakni jaga aurat & batasannya serta tidak keterlaluan. Maka harus hukumnya. Sy sebelum ini pun tidak menyedari mengenai hukum ini, maklum lah masih baru dlm bidang ini...tapi Alhamdulillah. Hidayah & dakhwah sampai kpd sy supaya lebih peka dalam menghasilkan gambar yg baik & halal..:) Sekian Wal Allahu'alam. Jika ada kesilapan yg disedari, tegur la sy. Salam. Sharing is Caring. :)







p/s kpd rakan2 seperjuangan dlm dunia DSLR---> hendak selamat, shoot la landskap, potrait binatang (makhluk yg tidak wajib tutup aurat), macro (utk bunga/serangga)...confirm halal utk semua tontonan umum...hehehe..


Koleksi Foto2 di bawah adalah daripada Ustaz Azhar Idrus (hak cipta : www.digitalmukmin.com), semoga mendapat inspirasi bagi diri kita semua. :)







No comments:

Post a Comment