Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
X lame lg, Le Tour de Langkawi 2011 akan berlangsung kembali. Sy ini bukan peminat no. 1 sukan basikal, tapi menarik minat sy ialah ada pertandingan sempena LTdL kali ini. Antara pertandingannya ialah menulis esei, fotografi & video pendek. Bagi peminat fotografi, pasti x akan lepaskan peluang ini. So, jom sertainya...Chewahhh.
| SYARAT-SYARAT PENYERTAAN | |
| * | Terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja, kecuali urusetia serta ahli keluarga urusetia Pertandingan Fotografi Karnival Le Tour de Langkawi 2011. |
| * | Gambar hendaklah diambil di sekitar Karnival Le Tour de Langkawi 2011 sahaja. |
| * | Menggunakan kamera digital, kamera fon atau kamera filem. |
| * | Pengubahsuaian gambar tidak dibenarkan kecuali pengubahsuaian pada brightness/contrast cropping adalah dibenarkan, imej manipulasi tidak dibenarkan sama sekali dan gambar tidak boleh diubah dari imej asal. |
| * | Gambar mesti kali pertama dihantar (tidak pernah digunakan untuk mana-mana pertandingan, pameran atau komersil) |
| * | Setiap gambar dihantar mestilah disertakan dengan ‘caption’ atau penerangan gambar, tarikh dan lokasi. |
| * | Pengadilan berdasarkan subjek, ketika, komposisi imej, kualiti teknikal, keaslian, kreativiti dan teknik. |
| * | Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan ke atas barang-barang, hasil seni, model, individu atau objek yang terlibat dalam setiap imej untuk pertandingan ini. |
| * | Setiap penyertaan adalah menjadi hak mutlak kepada pihak penganjur untuk digunakan dalam sebarang promosi atau komersil. |
| * | Keputusan pengadil adalah muktamad. |
| CARA PENYERTAAN | |
| * | Pendaftaran penyertaan boleh dibuat di Khemah Maklumat LTdL sepanjang karnival LTdL 2011 dari 23 Jan hingga 1 Feb 2011. |
| * | Yuran penyertaan adalah RM 20.00 bagi setiap satu borang / penyertaan. |
| * | Setiap penyertaan akan menerima sehelai T-shirt LTdL sebagai cenderahati. |
| * | Gambar yang dihantar hendaklah berukuran 5R = 5 inci x 7 inci dan dilekatkan di atas mounting board berwarna hitam bersaiz 9 inci x 11 inci. |
| * | Gambar hendaklah disertakan bersama borang pendaftaran, CD yang mengandungai imej digital serta jika menggunakan kamera analog (filem), sertakan bersama negatif/transparensi. |
| * | Peserta dibenarkan menghantar tidak melebihi dari 3 keping gambar. |
| * | Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penyertaan dan pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan hasil kerja. |
| * | Borang dan gambar hendaklah dihantar sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Feb 2011. |
| * | Borang dan gambar boleh dihantar melalui pos atau datang sendiri ke alamat : |
LE TOUR DE LANGKAWI 2011 HEADQUARTER
Level 4, National Aquatic Centre,
National Sports Complex Bukit Jalil,
57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia
HADIAH | |
Tempat Pertama | RM 1,000.00 sijil penghargaan |
Tempat Kedua | RM 700.00 sijil penghargaan |
Tempat Ketiga | RM 500.00 sijil penghargaan |
Saguhati | RM 200.00 x 3 & sijil penghargaan |
Utk download borang penyertaan, sila klik ini ----->|download here| :)


kat mana
ReplyDeleteKat Semenanjung Malaysia...:D
ReplyDelete