Tuesday, February 1, 2011

Belajar Fotografi/editing Percuma untuk Bumiputra

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Apa khabar anda sekalian? moga sihat walafiat hendaknya. Hmm, pejam celik pejam celik, dh masuk bulan februari dah. Cpatnya masa berlalu. Huhuhu. Dh lame x tulis blog, maklum lah belum dpt modal/ilmu yg cukup utk dikongsi bersama.

Baru² ini, saya ada mengikuti kelas fotografi di Shah Alam. Yg bestnya, ianya free. Hehehe. Bg sy, kelas ini memang berguna untuk mereka yg masih baru dalam dunia fotografi, macam sy la. Setakat ini sy sempat mengikuti 2 kelas yg dianjurkan oleh komuniti ini. Kelas pertama, lebih kepada basic photography (part 1) & kelas kedua ialah kelas " Nite Shoot ". Alhamdulillah, smuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada tenaga pengajar Cikgu Ahmad Fairus (AF) dan pembantunya.



Komuniti ini telah diwujudkan sejak tahun lepas( kalau x silap la) dan telah mendapat sambutan yg baik. Ade 3 bahagian dalam kelas basic percuma ini. Ianya mengajar tentang pengguna kamera DSLR dengan menggunakan mode M, juga mengajar mengenai Shutter Speed, Aperture & ISO utk bahagian pertama (part 1).Insya Allah, kelas bahagian ke-2 nnt, perkara yg disentuh adalah mengenai White Balance (WB) & titik fokus (Focus Point). X sabar nk mengikuti kelas ke-2 nnt.Harap dapat berpeluang lagi.Hehehe...=)

Untuk maklumat lanjut pasal komuniti ini, rajin2 la tgk fan page dia. Sila klik link ini & like---> | Belajar-Fotografi/editing-Percuma-untuk-Bumiputra | untuk mengetahui perjalanan & update mengenai kelas yg diadakan. 
Akhir kata Dari Mata Hati-ku, ilmu yg dikongsi tak akan habis malah makin bertambah. Sharing is caring. Chewah.. ;)




No comments:

Post a Comment