Monday, February 7, 2011

Dokumentari : The Arrivals

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Hari ini 7 Februari 2011 bersamaan dgn 4 Rabbiul Awal 1432H. Lagi 8 hari lagi menjelang ketibaan 12 Rabbiul Awal, yakni ulang tahun hari kelahiran Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (SAW). 'Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad....'. Marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda.

Kali ini sy ingin berkongsi salah satu dokumentari yg menarik minat dari mata hati-ku, The Arrivals. Siri ini membawa kita menjelajah kepada pendedahan berkenaan dengan ketibaan Dajjal, Imam Al-Mahdi, dan turunnya Nabi Isa a.s yang mana kesemua peristiwa-peristiwa ini adalah tanda-tanda tibanya hari Kiamat.Dokumentari ini di ilhamkan oleh Hashemsfilmes dan di sokong dengan ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran, Kitab Injil dan Kitab Taurat. The Arrivals ialah projek kerjasama di antara Noreagaa dan Achernahr. 51 siri dokumentari ini telah mendapat rating yang tinggi di youtube sejak ia mula di upload masuk ke laman web youtube pada tahun 2008. Siri ini mendapat pelbagai rating yang tinggi di kalangan penonton yang mengikuti siri hebat ini.




Alhamdulillah, siri ini telah dihasilkan dengan Malay subtitle utk lebih mudah difahami. Terima Kasih kepada Fr33DoMFighT3Rz kerana berjaya terjemahkannya. Sy sudah menonton dokumentari ini dan memang membuka mata hati sy tentang apa yang telah berlaku dan yg akan berlaku. Dan kali ini, sy ingin berkongsi kpd anda yg belum menontonnya. Selain The Arrivals, dokumentari lain yang dihasilkan ialah The Divine Book, Phase 3 & NIQAB. Utk maklumat lanjut, rajin2 la visit link ini, --->Wake Up Project

Anda boleh menonton siri ini sama ada di youtubeFr33DoMFighT3Rz atau pun memuat turunnya di link ini -->|The Arrivals Series|. Semoga siri ini dapat menguatkan lagi akidah dan kepercayaan kita kepada Allah & kebenaran risalah yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW serta nabi-nabi terdahulu. Dan juga sebagai satu persediaan utk menghadapi dugaan dan juga cabaran sbg umat akhir zaman. Wallahu'alam. 

Akhir kata dr sy , Sharing is Caring. Chewahh :)



The Arrivals Part 00 (Intro) - Malay Sub




No comments:

Post a Comment