Wednesday, January 19, 2011

Pertandingan Fotografi LTdL 2011

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

X lame lg, Le Tour de Langkawi 2011 akan berlangsung kembali. Sy ini bukan peminat no. 1 sukan basikal, tapi menarik minat sy ialah ada pertandingan sempena LTdL kali ini. Antara pertandingannya ialah menulis esei, fotografi & video pendek. Bagi peminat fotografi, pasti x akan lepaskan peluang ini. So, jom sertainya...Chewahhh.




SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
*Terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja, kecuali urusetia serta ahli keluarga urusetia Pertandingan Fotografi Karnival Le Tour de Langkawi 2011.
*Gambar hendaklah diambil di sekitar Karnival Le Tour de Langkawi 2011 sahaja.
*Menggunakan kamera digital, kamera fon atau kamera filem.
*Pengubahsuaian gambar tidak dibenarkan kecuali pengubahsuaian pada brightness/contrast cropping adalah dibenarkan, imej manipulasi tidak dibenarkan sama sekali dan gambar tidak boleh diubah dari imej asal.
*Gambar mesti kali pertama dihantar (tidak pernah digunakan untuk mana-mana pertandingan, pameran atau komersil)
*Setiap gambar dihantar mestilah disertakan dengan ‘caption’ atau penerangan gambar, tarikh dan lokasi.
*Pengadilan berdasarkan subjek, ketika, komposisi imej, kualiti teknikal, keaslian, kreativiti dan teknik.
*Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan ke atas barang-barang, hasil seni, model, individu atau objek yang terlibat dalam setiap imej untuk pertandingan ini.
*Setiap penyertaan adalah menjadi hak mutlak kepada pihak penganjur untuk digunakan dalam sebarang promosi atau komersil.
*
Keputusan pengadil adalah muktamad.

CARA PENYERTAAN
*Pendaftaran penyertaan boleh dibuat di Khemah Maklumat LTdL sepanjang karnival LTdL 2011 dari 23 Jan hingga 1 Feb 2011.
*Yuran penyertaan adalah RM 20.00 bagi setiap satu borang / penyertaan.
*Setiap penyertaan akan menerima sehelai T-shirt LTdL sebagai cenderahati.
*Gambar yang dihantar hendaklah berukuran 5R = 5 inci x 7 inci dan dilekatkan di atas mounting board berwarna hitam bersaiz 9 inci x 11 inci.
*Gambar hendaklah disertakan bersama borang pendaftaran, CD yang mengandungai imej digital serta jika menggunakan kamera analog (filem), sertakan bersama negatif/transparensi.
*Peserta dibenarkan menghantar tidak melebihi dari 3 keping gambar.
*Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penyertaan dan pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan hasil kerja.
*Borang dan gambar hendaklah dihantar sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Feb 2011.
*Borang dan gambar boleh dihantar melalui pos atau datang sendiri ke alamat :

LE TOUR DE LANGKAWI 2011 HEADQUARTER

Level 4, National Aquatic Centre,
National Sports Complex Bukit Jalil,
57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia



HADIAH
Tempat Pertama
RM 1,000.00 sijil penghargaan
Tempat Kedua
RM 700.00 sijil penghargaan
Tempat Ketiga
RM 500.00 sijil penghargaan
Saguhati
RM 200.00 x 3 & sijil penghargaan



Utk download borang penyertaan, sila klik ini ----->|download here| :)


2 comments: